Volocopter — teksi udara pertama di dunia

Sebuah syarikat dari Jerman telah berjaya melepasi percubaan pertama mereka menerbangkan Volocopter di hadapan Putera Mahkota, Sheikh Hamdan bin Mohammed, di Dubai, pada Isnin lalu yang dikatakan akan menjadi yang pertama di dunia memberikan perkhidmatan teksi udara, dan bercita-cita untuk memimpin Arab di dalam inovasi.

Teksi terbang ini telah dibangunkan oleh sebuah firma drone Jerman, yang menyerupai sebuah helikopter kecil dan mempunyai dua tempat duduk di atas gelung yang lebar serta mempunyai 18 buah kipas bagi menaikkan dan mendarat pada posisi menegak.

Penerbangan yang dilakukan dengan menggunakan alat kawalan jauh itu telah berjaya melepasi tempoh maksimun 30 minit yang ditetapkan, dan ia datang dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi jika berlaku sebarang permasalahan — back-up batteries, rotor, dan untuk senario yang lebih buruk, beberapa payung terjun juga telah diletakkan di atas drone ini.

Pelaksanaan akan menyaksikan kegunaan aplikasi di dalam smartphone bagi memesan Volocopter ke voloport yang berhampiran, dan Volocopter akan tiba untuk mengambil penumpang dan membawa ke destinasi yang diinginkan.

Bagaimanapun sebelum itu, kita mungkin bakal menyaksikan Airbus gergasi aerospace yang mensasarkan teksi-pandu-sendiri di udara menjelang tahun 2020. Kitty Hawk, sebuah syarikat yang disokong oleh pengasas bersama Google, Larry Page, dan Uber, bersama-sama beberapa rakan kongsi lain membangunkan teksi-terbang mereka sendiri.

Menurut kenyataan daripada Reuters, Dubai juga menrancang untuk melakukan penyelidikan tanpa pemandu ke Marikh pada 2021, misi pertama di Rantau Arab ke ruang angkasa, dan lebih menakjubkan mereka juga telah memperkenalkan prototaip bandar tanpa pemandu dan polis robot pertama di dunia.



Hendak menerbitkan semula artikel ini di laman blog anda? Baca lanjut
No Conspiracy Here