Ubah sikap buruk anda, atau Uber akan memberitahunya kepada anda

Hari ini Uber telah mengumumkan beberapa perubahan ketara, bermula dengan ciri yang membolehkan pemandu memilih dari senarai alasan untuk menjelaskan mengapa mereka menilai penumpang kurang dari lima bintang. Jadi, apabila anda mengambil masa yang terlalu lama untuk masuk ke dalam kereta, atau anda berbual dengan kuat di telefon dari tempat duduk belakang, anda akan mengetahuinya melalui Uber.

Apabila pemandu menilaikan empat bintang atau kurang kepada penumpang, aplikasi tersebut akan bertanyakan soalan, “what went wrong”. Pemandu pula akan memilih senarai alasan yang telah disediakan seperti “wait time”, “patience”, “number of riders”, “attitude”, “wanted new route”,atau “other”. Jika penumpang mendapat “tag” yang sama di dalam masa 30 hari, notifikasi akan muncul apabila mereka membuka aplikasi Uber memberitahu bahawa tingkah laku mereka telah mempengaruhi kepada penilaian mereka.

Menurut Uber, pemandu sering mengadu bahawa sikap dan tingkah laku buruk dari penumpang telah menyebabkan kepada tekanan yang kuat kepada mereka, terutamanya semasa perjalanan UberPool.

Jika sebelum ini pemandu hanya boleh menilaikan penumpang dengan jumlah bintang saja, tetapi hari ini mereka juga boleh memberikan maklum balas yang tertentu agar Uber dapat memberitahu kepada penumpang untuk meningkatkan rating mereka. Samada penumpang akan berasa hati, atau tidak mahu menggunakan pemandu yang sama, ianya tetap dapat dilihat oleh pemandu Uber yang lain, dan bimbang jika tiada siapa yang mahu mengambil anda pula selepas ini.



Hendak menerbitkan semula artikel ini di laman blog anda? Baca lanjut
No Conspiracy Here