Gambaran pertempuran sengit dan tension di dalam trailer ke-dua Star Wars: The Last Jedi

Trailer ke-dua Star Wars: The Last Jedi, akhirnya telah berada di Youtube!

Terdapat gambaran pertempuran yang sengit dan mengagumkan di dalam trailer ini, tetapi apa yang menarik adalah apabila tayangan trailer telah menunjukkan tekanan yang dipikul oleh kedua-dua watak utama iaitu Kylo Ren dan Rey, masing-masing mahu mempertahankan perjuangan mereka, dan ianya adalah begitu jelas Luke terlihat begitu takut kepada apa yang bakal menanti mereka tidak lama lagi.

Bagaimanapun, setelah menonton trailer yang ke-dua ini, hati saya semakin tidak peduli dengan kedatangan filem ini tidak lama lagi, masakan tidak, menonton trailernya sahaja saya sudah merasa bosan, tidak tahu bagaimana pula nanti jika melihat tayangan penuh di pawagam pada Disember ini nanti, confirm saya terlelap seperti tempoh hari ketika menonton filem horror, IT pada september lepas.

Dan secara jujurnya saya tidak begitu menyukai series Star Wars terbitan Walt Disney’s ini bermula dengan Star Wars: The Force Awaken, di mana pendapat saya jalan cerita mereka yang terlalu membosankan, di mana terdapat banyak plot hole di dalam filem itu yang saya sempat mengesannya.

Sebagai contoh, bagaimana Rey begitu mudah mengendalikan Force tanpa sebarang latihan? Cuma pada pendapat saya mungkin Rey mempunyai kelebihan mengawal Lightsaber tersebut kerana beliau mempunyai super-powerful secara semula jadi, dan akan menjadi super-dangerous jika Force berada di tangannya, kerana beliau adalah anak perempuan kepada legend Jedi, iaitu Luke Skywalker.

Kepada peminat hardcore Star Wars, anda jangan melepaskan peluang menontonnya pada hujung tahun ini, kerana anda mungkin ingin mengetahui apakah pengakhiran kepada nasib Kylo Ren setelah membunuh bapanya sendiri, Hans Solo, dan kini terpaksa berdepan pula dengan ibunya, Princess Leia, sebagai seteru utama. Atau adakah Rey juga berpaling tadah seperti datuknya, Anakin, di dalam Episode III – Revenge of the Sith? Mari kita tunggu tayangan penuh Star Wars: The Last Jedi pada Disember akan datang.



Hendak menerbitkan semula artikel ini di laman blog anda? Baca lanjut
No Conspiracy Here