Toyota guna dua steering bagi ujian pemanduan automatic

Apabila kita menyebut pemanduan-sendiri, ini bermaksud kenderaan yang dipandu sendiri secara automatic dan sudah tentu hanya mempunyai satu steering dan dua pedal asas iaitu minyak dan break, tetapi mengapa pula Toyota membina kenderaan ujian autonomi mereka dengan mempunyai dua steering?

Dengan menggunakan jenama mewah Toyota, iaitu Lexus LS 600hL, Toyota Research Institute (TRI), melakukan ujian dengan mengekalkan steering dan pedal asal yang berada di sebelah kiri, tetapi telah menambah satu lagi unit yang sama di bahagian yang biasanya adalah kerusi yang diduduki penumpang dengan mempunyai steering dan pedal mereka sendiri — juga mempunyai display screen-nya sendiri. Penetapan yang luar biasa ini adalah untuk membantu kaedah ujian memindahkan kawalan autonomous kepada pemanduan manusia, mengikut kenyataan Toyota.

Persediaan dan penetapan dua roda steering adalah sebahagian daripada ujian untuk teknologi automotif “Platform 2.1” Toyota yang baru. Ia juga menggabungkan sistem lidar yang baru dari startup Luminar, paparan yang jelas menunjukkan kenderaan yang berada di dalam mode autonomous, di dalam dua mode pemanduan iaitu “Chauffeur” dan “Guardian.”

Chauffeur bermaksud ianya sedang dikendalikan sepenuhnya secara autonomous, di mana kereta melakukan semua pemanduan, dan Guardian pula dilepaskan kawalan kepada manusia, tetapi sistem memandu Autonomi masih lagi aktif dan boleh mengambil alih pada bila-bila masa bagi mencegah sebarang kecelakaan.

Kereta ujian ini dilihat mampu mengelak sebarang objek di hadapan, dan jika mempunyai kenderaan lain di sebelah, “ia” akan memberi laluan dahulu kepada kenderaan itu sebelum memperlahankan kereta dan turut memintas objek tersebut. Bagaimanapun masih banyak lagi maklumat yang perlu dikumpul sebelum memutuskan untuk mencubanya di jalan awam, menurut keterangan dari Digitaltrends.

No Conspiracy Here