Subway station di China ini dibina di tiga lokasi yang pelik

Mungkin ramai antara kita yang pernah mengalami pengalaman memandu dan sesat tanpa mengetahui berada di mana. Walaupun mampu menggunakan aplikasi waze pada hari ini, namun saya berani jamin anda tetap berisiko untuk kehilangan arah.

Bagaimana pun, gambar terbaru subway station di negara China ini menunjukan ianya seperti dibina di tengah-tengah hutan, tanpa arah tujuan.

Subway yang mempunyai tiga station itu hanya membuka satu saja daripada tiga buah station yang dibangunkan, dua pintu masuk lagi tidak pernah dibuka kepada umum dan tidak dijaga sehingga ke hari ini, menurut kata news.163.com.

Gambar di bawah adalah Line 6 Caojiawan station 2 dan station 3, yang di katakan ada sesuatu yang dirahsiakan kerajaan daripada orang awam, ianya seperti digunakan untuk tentera, pihak berkuasa juga menolak untuk menyalin blueprint station terbabit apabila diminta untuk berbuat begitu.

subway pelik

Station 2 | Credit: news.163.com

Station 3 | Credit: news.163.com

Line 6 Caijiawan station 1 adalah satu-satunya station yang dibuka kepada awam kira-kira setahun lalu. Tetapi turut tidak dijaga dengan sempurna, dipenuhi dengan semak samun, dan kerana hujan yang sering turun telah menyebabkan jalan raya di situ juga telah ditutupi dengan lumpur. Hanya penduduk setempat saja yang tahu terletaknya lokasi station ini memandangkan kedudukannya yang jauh dari jalan utama.



Hendak menerbitkan semula artikel ini di laman blog anda? Baca lanjut
No Conspiracy Here