Pegawai pendidikan Saudi dipecat akibat gambar Yoda yang bersebelahan Raja Faisal di perhimpunan PBB

Pegawai pendidikan Saudi dan pembantunya telah dipecat setelah mereka menerbitkan buku teks sejarah yang memasukkan foto bekas raja yang duduk di samping karakter Star Wars, master Yoda.

Kerajaan Arab Saudi dengan segera menarik semula buku tersebut, yang memperlihatkan makhluk hijau kecil itu duduk bersebelahan dengan Raja Faisal ketika beliau menandatangani Piagam PBB pada tahun 1945.

Selasa lalu, media di Arab Saudi melalui Telegraph, melaporkan bahawa Mohammed bin Attiyah al-Harthi, seorang pegawai di kementerian pendididan yang bertanggungjawab bagi kurikulum itu telah dipecat atas kejadian itu, di mana telah menjadi jenaka dan tajuk utama di seluruh dunia.

Beberapa pegawai lain yang bertanggungjawab bagi mengkaji dan meluluskan buku teks itu juga turut dipecat. Pemecatan dilaporkan adalah disebabkan oleh gambar Yoda, dan juga kepada kesilapan lain di dalam buku teks yang berbeza.

Gambar hitam dan putih yang menjadi kontroversi tersebut adalah karya seniman Arab bernama Abdullah al-Sheri yang berusia 26 tahun.

Beliau mengaku bahawa beliau yang telah menghasilkan gambar tersebut tetapi bukan beliau yang memasukkannya ke dalam buku itu.

Beliau menambah lagi bahawa gambar tersebut adalah salah satu daripada siri yang menunjukkan watak-watak filem yang digabungkan bersama gambar detik-detik utama dalam sejarah Arab, dan hanya menyedarinya setelah ibunya, yang merupakan seorang guru, memaklumkan kepada beliau selepas menyelak di halaman tersebut.



Hendak menerbitkan semula artikel ini di laman blog anda? Baca lanjut
No Conspiracy Here