Dengan iOS 11 dan aplikasi Notes, anda boleh melakukan imbasan dokumen dengan mudah

Keupayaan untuk mengimbas dokumen dengan menggunakan smartphone adalah satu kemestian kepada semua orang pada hari ini bagi menyimpan segala maklumat dan resit-resit penting bagi rujukan di kemudian hari.

Mungkin ramai masih menggunakan cara tradisional dengan mengambil gambar dan menyimpannya di dalam galeri, tetapi terpaksa menggunakan aplikasi lain untuk membuang perkar-perkara yang tidak perlu ditunjukan jika dilihat orang lain. Jadi, di sini saya menunjukan bagaimana untuk mengimbas apa saja dokumen yang anda rasa penting dengan menggunakan aplikasi Notes.

11,anda,aplikasi,dengan,dokumen,imbasan,ios,melakukan,menggunakan,notes,tech news

Ada pelbagai cara lain yang boleh digunakan untuk mengimbangi imbasan:

Apabila anda selesai dengan kerja-kerja pengimbasan, tap pada Save button di bahagian bawah skrin. dokumen imbasan anda boleh disimpan di dalam note di mana anda membukanya pada awal tadi. Saya mendapati bahawa adalah lebih baik memindahkan dokumen imbasan anda keluar dari aplikasi Notes. Anda boleh berkongsi atau upload ke aplikasi seperti Google Drive atau menghantarnya melalui email, atau berkongsi di aplikasi Whatsapp. Hanya perlu menekan lebih lama sedikit pada preview imbasan dan tekan Share apabila ia muncul di dalam skrin anda.

Anda juga boleh menggunakan markup tools di dalam aplikasi Notes untuk membuang atau memotong bahagian yang anda tidak mahu menunjukkannya kepada orang lain.

Apple Notes akhirnya menjadi satu aplikasi yang berfungsi dengan cara sepatutnya, cuba lakukan imbasan anda sekarang, dan beritahu kami pendapat anda mengenainya.



Hendak menerbitkan semula artikel ini di laman blog anda? Baca lanjut
No Conspiracy Here