Maze Runner: The Death Cure — Sekuel terakhir permainan maze maut [Trailer #1]

Maze Runner adalah salah satu siri yang gagal menarik peminat tersendiri seperti filem-filem box-office yang lain, dan tidak perlu saya sebutkan di sini. Namun, filem ini berjaya membuat keuntungan pada dua siri sebelum ini dengan reaksi yang bercampur baur — kebanyakkannya adalah positif. Bagi saya, filem yang pertama adalah lebih baik berbanding sekuel ke-duanya, dan kini, mereka telah melancarkan trailer pertama “Maze Runner: The Death Cure” trilogy.

The Death Cure menyaksikan Thomas (Dylan O’Brien) dan bersama beberapa saki-baki kru Gladers yang masih tinggal telah memecah masuk ke dalam Last City bagi menghadapi maze maut yang lebih bahaya. Mereka mengambil risiko dengan destinasi baru yang menjadi asas kepada seluruh operasi labirin, di mana mereka juga berusaha untuk membongkar mengapa mereka diperangkap dan dijadikan mangsa di dalam maze pada siri yang pertama. Anda dijangka akan dapat menonton aksi yang lebih banyak – Thomas dan rakan-rakan mempunyai misi yang lebih berbahaya berbanding dua siri sebelum ini.

Walau apa pun reaksi daripada saya melalui trailer ini, kedatangan bab akhir “Maze Runner: The Death Cure” adalah sangat dialu-alukan, dan saya juga menjangkakan filem ini akan menarik penonton untuk ke panggung memandangkan pengakhiran yang tergantung semasa sekuel ke-duanya. Filem ini dijadualkan akan menemui penonton pada 26 Januari, 2018.



Hendak menerbitkan semula artikel ini di laman blog anda? Baca lanjut
No Conspiracy Here