Krew simulasi Mars akan muncul selepas 8 bulan diasingkan

Enam krew angkasawan NASA telah diletakkan di kubah berhampiran salah satu gunung berapi terbesar di Hawaii bagi projek Analog dan Simulasi Penjelajahan Angkasa Hawaii (HI-SEAS).

Simulasi yang berjalan selama lapan bulan telah dirancang untuk memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai kesan mental, fizikal dan psikologi hidup dalam keadaan yang sempit dan terpencil yang menajadi asas kepada dunia lain.

Anak-anak kapal, empat lelaki dan dua wanita itu telah diasingkan sepenuhnya dari dunia luar sejak Januari lalu.

Untuk menjadikan simulasi ini seperti keadaan yang sebenar, NASA hanya memberi mereka bekalan makanan yang dibungkus, juga kelewatan sistem komunikasi juga telah ditetapkan kepada 20 minit bagi menjadikannya lebih realistik.

Pakar projek HI-SEAS, Laura Lark berkata, adalah tidak mustahil untuk berada lebih lama di angkasa pada masa depan.

Sudah tentu ada cabaran-cabaran teknikal yang harus diatasi, juga faktor-faktor manusia yang akan dapat dijelaskan nanti, dan ini adalah sebahagian daripada apa yang dilakukan oleh HI-SEAS, tetapi saya fikir bahawa mengatasi cabaran-cabaran itu adalah satu usaha. Sudah tentu kami mampu melakukannya.

Source



Hendak menerbitkan semula artikel ini di laman blog anda? Baca lanjut
No Conspiracy Here