Keunikan bangunan perumahan Riverpark Tower yang harus anda tahu

Arkitek bernama Ole Scheeren telah mendedahkan gambar-gambar projek pertamanya di Europe, sebuah bangunan perumahan yang menawarkan pemandangan panorama bangunan pencakar langit di Frankurt.

Para pereka akan melakukan perubahan kepada keseluruhan bangunan pejabat berusia hampr 50 tahun ini kepada lebih 200 unit perumahan yang bersebelahan dengan River Main.

Setiap apartmen akan terdiri daripada satu unit modular yang boleh dimasukkan ke dalam kerangka bangunan, dengan beberapa unit tersembunyi di dalam dan sebahagian unit lagi berada pada kedudukan seakan terapung di ruang udara.

Bangunan yang bernama Riverpark Tower itu akan dibangunkan bersama GEG, salah satu syarikat real estate yang berprestij di Jerman, menurut laporan daripada Dezeen.

Bangunan baru itu akan berdiri teguh setinggi 23 tingkat, dengan 220 unit rumah, dari unit bersaiz kecil hingga kepada suites empat bilik.

Menurut kepada arkitek terbabit, projek ini adalah tentang penafsiran semula positif struktur yang sedia ada.

Unit yang dikelilingi kaca ini akan dimasukkan ke dalam rangka kerja struktur bebas yang telah sedia ada.

kabanyakkan darinya akan terkeluar pada beberapa titik, memperkenalkan unsur yang tidak teratur kepada siluet.

Pangsapuri loft baru akan menduduki ruang di empat sudut bangunan yang akan dipotong di bahagian atas.

View slideshow

  • anda,bangunan,harus,keunikan,lihat,perumahan,riverpark,tower,yang,architecture

Hendak menerbitkan semula artikel ini di laman blog anda? Baca lanjut
No Conspiracy Here