Kerana terlalu menakutkan, badut popular ini telah dibuang dari arena circus

Seorang badut yang menggelarkan dirinya sebagai “Killer Clown” mengatakan dirinya telah dipecat kerana dia terlalu menakutkan.

Doug Child, yang memainkan peranan sebagai Rellik the Psycho Clown di Circus of Horror, telah dua tahun “menakutkan” penonton sebelum ini.

Tetapi lelaki berusia 40 tahun ini telah diberitahu agar mengurangkan sedikit kegerunan kepada wataknya atau akan dibuang dari situ.

Persembahan pertamanya sebagai Killer Clown kira-kira dua tahun lalu di katakan adalah pemangkin kepada badut yang paling menakutkan.

Bagaimanapun, memandangkan perayaan Halloween yang akan tiba tidak lama lagi dan permintaan yang meningkat, penganjur Circus of Horror telah membuat satu keputusan yang tidak dijangka dan mengejutkan dengan memecat badut menakutkan itu.



Hendak menerbitkan semula artikel ini di laman blog anda? Baca lanjut
No Conspiracy Here