Jackie Chan confirmed akan menerbitkan Rush Hour 4

Penerbit, pengarah dan pelakon bagi trilogy Rush Hour, Jackie Chan, akui bahawa kemungkinan akan menerbitkan filem yang popular di Amerika itu bagi siri ke-empatnya.

Mungkin filem ini bukanlah siri yang ditunggu-tunggu bagi peminat di Malaysia, namun bagi pendapat saya ketiga-tiga filem ini adalah anatara yang terbaik dari Chan, mungkin kerana Chris Tucker yang gemar “membebel” menjadikan wataknya begitu kelakar.

Bagaimanapun, menurut Chan, segalanya adalah bergantung kepada persetujuan daripada Chris.

Jadi harapannya, Chris akan bersetuju untuk bergabung sekali lagi bersama Jackie Chan dan kita akan dapat melihat aksi “gila-gila” dan jenaka mereka berdua ini di dalam siri Rush Hour 4.



Hendak menerbitkan semula artikel ini di laman blog anda? Baca lanjut
No Conspiracy Here