Villa kontemporari yang mungkin memberi inspirasi kepada anda untuk membina rumah idaman [13 gambar]

Terletak di tengah┬áhutan, pasangan suami isteri – bekerjaya sebagai pereka, telah membuat keputusan untuk mengubah suai sebuah rumah yang berusia 50 tahun kepada villa yang selesa, kontemporari dan kukuh, hanya selepas setahun tinggal di situ bersama dua orang anak kecil mereka.

Sebut saja “hutan”, sudah tentu villa tersebut dikelilingi dengan pokok-pokok yang hijau merimbun, udara yang segar, dan terasa nyaman di seluruh tubuh, apalagi jika di pagi hari. Mereka membuat keputusan untuk terus tinggal di rumah tersebut apabila berpuas hati dengan suasananya. Kedudukannya yang berada di atas bukit bermaksud mereka tidak memerlukan pelindung matahari atau penghawa dingin yang melampau, dan ketika musim sejuk, kedudukan matahari yang rendah dapat menghangatkan penghuni di dalamnya.

Menurut kepada catatan dari Arch Daily, pasangan tersebut telah menggunakan sepenuhnya kelebihan lanskap di situ. Rumah itu terdiri daripada dua tingkat dan mempunyai dua bahagian, satu di sebelah timur dan satu di sebelah barat, yang mempunyai dua ruang garaj dan ofis kediaman di ruangan bawah. Tingkat atas pula diberikan penampilan khas dengan menggunakan kayu fasad yang baru, manakala pintu hadapan pula menjadi pembahagi kepada dua bahagian rumah tersebut.

Terdapat 10 keping gambar yang terdapat di bawah ini, dan anda digalakkan untuk melihat kesemuanya agar mungkin dapat memberikan inspirasi kepada anda untuk membina rumah idaman anda nanti.



Hendak menerbitkan semula artikel ini di laman blog anda? Baca lanjut
No Conspiracy Here