“Coca-Cola Plus Coffee No Sugar”: Adakah rasanya pelik seperti nama dan kombinasinya?

Semua orang tahu bahawa kopi adalah minuman yang digemari di seluruh dunia, dan tidak melampau jika saya mengatakan Coca-cola juga adalah minuman soda yang menjadi pilihan utama kita.

Walaupun kopi dan Coke mempunyai rasa yang berbeza tetapi keduanya megandungi kandungan kafein yang membolehkan kita berjaga sepanjang malam, dan tidak lupa “mereka” juga mengundang kepada penyakit yang merbahaya. Tetapi bagaimana pula jika kedua-duanya digabungkan sekali di dalam minuman? Apa rasanya, sedapkah?

Jadi, ini mungkin sebabnya Coca-Cola telah menggabungkan kedua-dua perisa ini di dalam satu minuman dan menamakannya “Coca-Cola Plus Coffee No Sugar”.

Syarikat gergasi minuman soda ini telah melancarkan edisi terhad ini pertama kali di Australia menjelang musim panas di negara ini, berikutan sambutan baik yang diterima ketika melancarkan Coca-Cola Ginger pada musim lepas.

Persoalan kembali kepada bagaimana rasa minuman itu?

Dan berikut adalah penjelasan wakil syarikat ketika sidang akhbar berlangsung:

“Ia mempunyai rasa segar dari Coca-Cola Classic tetapi dengan aroma kopi yang nyata dan beberapa buah karamel halus,” kata jurucakap kepada Coca-Cola Australia, Lisa Winn.

Ia di klasifikasi-kan sebagai minuman lewat pagi, sesuatu yang anda akan minum sebagai pengganti kepada kopi. Coca-Cola Plus Coffee No Sugar mempunyai 14 mg kafein di dalam setiap 100 mililitres, kurang daripada cappuccino biasa yang mempunyai perbezaan sebanyak 43 mg, tetapi lebih sedikit daripada Coca-Cola iaitu kira-kira 9 mg.

Dengan soda yang tiada gula, bermaksud anda dapat menjauhkan diri dari soda yang berasa manis, dan ianya adalah masuk akal.

Bagaimanapun, jika anda menjangkakan rasanya adalah sama seperti minuman soda yang lain, anda telah silap. Menurut kepada Mashable, apabila anda menghirupnya untuk pertama kali, ada rasa kering seperti Diet Coke, tetapi pada penghujungnya anda akan merasakan sedikit kopi yang berkrim — pastinya bukan jenis espresso.

Ia lebih kepada rasa seperti gula-gula kopi Indonesia, iaitu Kopiko, atau kopi Jepun dari vending machine.

Reaksi individu mengenai minuman ini adalah bercampur-campur, ada yang mengatakan rasanya begitu pelik, dan ada yang mengatakan ianya adalah kopi tiruan yang cuba untuk memperdaya orang ramai, tidak seperti Coca-Cola Vanilla atau Cherry Coke.

Anda yang berada di Jepun juga boleh mendapatkan Coca-Cola Plus Coffee ini di sana, tetapi berbeza dengan Australia, versi di Jepun ini telah dilancarkan dengan mengandungi gula.

Jika anda menterjemahkan kenyataan Twitter di atas ke bahasa melayu, jelas wartawan tersebut mengatakan, “Sejujurnya, ia tidak berbau wangi yang nampak seperti sangat lazat. Saya tidak fikir ia lazat, tetapi tidak seburuk yang saya fikirkan”.

Seperti biasa, jika Coca-Cola melancarkan produk terbaru, ianya akan dibincangkan di dalam sosial media, seperti artikel ini yang anda telah pun selesai membaca dan mengetahuinya dengan jelas.



Hendak menerbitkan semula artikel ini di laman blog anda? Baca lanjut
No Conspiracy Here