Benarkah atendan penerbangan lebih tertekan di kabin mewah? Ketahuinya di sini

 Ini adalah perkara yang tidak pernah diberitahu mengenai di sebalik tirai kemewahan di kabin penerbangan kelas pertama.

Apa yang umum tahu adalah penumpang yang berada di kabin kelas mewah akan menikmati ruang yang lebih luas, kusyen yang lebih empuk dan selesa, makanan untuk mereka juga jauh berbeza, dan penumpang “mewah” juga akan di beri keutamaan untuk keluar dari pesawat terlebih dahulu, dan anda mungkin menganggap bahawa pembantu penerbangan lebih suka bekerja di bahagian ini, terutamanya jika penerbangan jarak jauh.

Tetapi anda sebenarnya telah silap. Perbincangan mengenai perkara ini di Quora telah mendedahkan, ramai atendan penerbangan sebenarnya lebih suka bekerja di dalam kelas ekonomi berbanding kelas pertama.

tertekan di kabin mewah

Salah seorang daripada atendan penerbangan mendedahkan bahawa mereka akan merasa lebih tertekan jika ditugaskan di kelas perniagaan kerana terpaksa melakukan kerja tambahan yang berhubung dengan kru pengawasan dan kru dek penerbangan, dan juga sikap “berhak” beberapa penumpang yang amat menjengkelkan, dan sentiasa tertanya-tanya apakah antara mereka ini mempunyai hubungan baik dengan CEO penerbangan, dan pelbagai persoalan lain lagi.

Bukan hanya itu saja, wanita itu juga menjelaskan bahawa jika lebih mahal tiket mereka, lebih teruk lagi kerenah mereka dan lebih banyak lagi kerja yang harus mereka lakukan, dan pelanggan di kelas ekonomi adalah lebih sopan, berkhemah dan tidak banyak mengadu perkara-perkara yang remeh.

Beliau menambah, “bagi saya, berkhidmat untuk 100 orang di dalam kelas ekonomi adalah lebih baik daripada 16 orang di kelas perniagaan”.

Mungkin ada yang tidak begitu percayakannya, tetapi salah seorang atendan penerbangan lain telah menyokong apa yang dikatakan wanita ini, dengan berkata, “apabila penerbangan bersama kelas ekonomi, segala-galanya adalah mudah dan tetap, atendan kanan akan mengendalikan semua pengumuman, kertas kerja, melakukan stocking, membahagikan kerja kepada kru dan lain-lain”.

Seperti kami juga mahu mencuba untuk berada di kelas pertama satu hari nanti. 🙂



Hendak menerbitkan semula artikel ini di laman blog anda? Baca lanjut
No Conspiracy Here