Arab Saudi telah memasukkan imej master Yoda di dalam buku teks secara tidak sengaja

Sejarah menyaksikan para pemimpin dunia bergabung untuk bersama-sama memberi komitmen menjadikan dunia menjadi lebih aman dan sentosa semasa persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu buat kali pertama. Namun, tidak semua ahli yang hadir dapat mengingati bahawa Jedi master, iaitu Yoda, turut menghadiri mesyuarat tersebut.

Kerajaan Saudi dengan pantas menarik balik buku teks sejarah yang secara tidak sengaja telah memasukkan gambar raja Faisal yang duduk bersebelahan dengan watak Star Wars berwarna hijau tersebut. Entah bagaimana editor buku tersebut telah menggunakan versi menunjukkan Yoda yang duduk bersebelahan dengan raja menyaksikan tuanku menandatangani piagam PBB yang sepatutnya gambar tersebut menunjukkan seksyen tentang pemerintahan Diraja.

Menteri pendidikan Saudi, Ahmed al-Eissa berkata, “Kementerian Pendidikan begitu menyesali dengan kesilapan yang tidak disengajakan. Kami telah mula mencetak salinan baru yang telah diperbetulkan dan menarik balik versi terdahulu, dan juga telah menubuhkan satu jawatankuasa undang-undang bagi mencari punca kesilapan dan mengambil tindakan yang sesuai”.

Gambar hitam putih itu adalah karya dari seorang artis di Saudi berusia 26 tahun yang bernama Abdullah al-Sheri dan telah membuat kenyataan kepada New York Times bahawa beliau adalah orang yang telah merekanya, tetapi beliau bukanlah orang yang bertanggungjawab memasukkannya ke dalam buku tersebut.

Beliau hanya menyedari gambarnya telah digunakan di dalam buku teks itu apabila diberitahu oleh ibunya yang merupakan seorang guru ketika menyelak halaman buku itu.



Hendak menerbitkan semula artikel ini di laman blog anda? Baca lanjut
No Conspiracy Here